mobirise.com Mobirise v3.11.1
Sign In
Web Creator

MAJLIS DIKIR SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ALAIHI WASSALAM BAGI KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN JABATAN-JABATAN DI DALAMNYA BAGI TAHUN 1445H/2023M DI DAERAH TUTONG

04.jpeg

  1. Majlis Dikir Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam Bagi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di dalamnya bagi Tahun 1445H/2023M di Daerah Tutong telah diadakan pada hari Selasa, 03 haribulan Rabiulawal 1445 bersamaan dengan 19 haribulan September 2023 bertempat di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong. 
  2. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Awang Salminan bin Haji Burut, Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.  
  3. Turut hadir di majlis tersebut ialah Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di dalamnya serta Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung, Ahli-Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid dan Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung.
Created at 25/09/2023 4:08 PTG by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Last modified at 25/09/2023 4:17 PTG by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Berita Terkini //